Dalam
dunia matematik, Al-Khawarizmi lebih dikenali dengan nama Bapa Algebra.
Nama
sebenar Bapa Algebra ini ialah Muhammad
Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau turut dikenali
sebagai Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Walaubagaimanapun, orang Barat
mengenalinya dengan nama al-Khawarizmi,
al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi
dan beberapa nama lain lagi. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui,
tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada
pendapat lain menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia
pada tahun 850 Masihi.
Dalam
kalangan ahli sains, beliau lebih dikenali sebagai Al
Khawarizmi dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu
matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang
terkenal pada zamannya.
Gelaran
Al Khawarizmi diberikan kepada beliau
bersempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.
Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah
Khawarizm, yang kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir.
Dalam
pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi
ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran
beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah,
logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi
merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli matematik teragung dan
jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada
beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu
cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam
pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian
analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Persamaan
kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih
tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x – 8 = 0).
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh
daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.
Beliau
turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang
dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem
perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau
algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya
memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah
membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem
angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat
yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.
Seterusnya,
beliau turut membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu
ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga
menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan
kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau juga turut
bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang
bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau
ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam
bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.
Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya
menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya
termasuk dalam melakar peta dunia.
Buat
pengetahuan semua, Al
Khawarizmi merupakan saintis
pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10
tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Di atas ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini..
‘Ringgit’ berasal
daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman
dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata
wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang
kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang
syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di
Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengawal kesemua pengeluaran
wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit
yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar
kepada RM.
Mata wang Malaysia dimulai dengan penggunaan benda-benda keras
seperti beras, siput, bijih timah, emas, perak . Pada peringkat ini wang
syiling belum diterbitkan lagi dan penggunaan benda-benda tersebut dikenali
sebagai Sistem Barter.
Kurun ke-15 ( Wang syiling dibuat dripada bijih timah dengan
tulisan Arab mula digunakan di Melaka.)
Kurun ke-17 (Wang syiling berbentuk ayam jantan, ikan
kambing, dan 'pokok syiling' digunakan di beberapa buah negeri Tanah Melayu).
Kurun ke-18 (Wang syiling bergambar kijang, matahari dengan
tulisan Arab digunakan di Kelantan)
1787 - 1788 T.M ( Duit syiling (perak) yang dibuat di Hong Kong
mula digunakan sebagai wang rasmi di Neger-negeri Selat.)
1868 T.M ( Duit tembaga dan duit perak mula diterbitkan di Neger-negeri
Selat)
1890 T.M ( Duit syiling 50c mula diterbitkan di Neger-negeri Selat)
1942 - 1945 (Wang kertas Jepun digunakan di Malaya)
1946 - 1960 ( Matawang British menjadi wang rasmi di
Malaya)
1960 ( Duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Lembaga
Pesuruhjaya Matawang)
1961 ( Wang kertas $10.00 mula diterbitkan oleh Lembaga Pesuruhjaya
Matawang)
1962 (Bank Negara mengambil alih tugas menerbitkan semua jenis wang
syiling dan wang kertas untuk digunakan di Malaysia)
Wang adalah suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat dan dikenali sebagai 'Alat Perantaraan' dalam kegiatan jual beli dan urusniaga.
Wang kertas dan duit syiling merupakan alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan tukar menukar yang digunakan di MALAYSIA.
Ciri-ciri wang:-
nilainya stabil dari masa ke semasa
mudah dibawa, dipindahkan dan disimpan
tahan lama
sukar ditiru
penawarannya terhad
boleh dibahagi kepada unit-unit lebih kecil.
Kesimpulannya, wang berfungsi sebagai:-
1. Alat perantaraan pertukaran
2. Alat satuan nilai
3. Menyelesaikan bayaran tertunda
4. Alat penyimpan nilai
Gelaran lain bagi Wang adalah:-
Duit, Fulus, Pitis, Tikal, Kupang
Matematik ialah satu cara yang membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa cepat, berapa panjang, berapa luas, berapa ruang dan sebagainya.
Di samping itu, ia adalah suatu badan ilmu yang amat berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik dan artis. Oleh itu, matematik, di samping menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan masalah harian, membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial, mereka bentuk yang menarik dan seimbang, serta menjadi alat yang berguna untuk membantu sains mencari kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling.
Di samping itu, ia adalah suatu badan ilmu yang amat berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik dan artis. Oleh itu, matematik, di samping menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan masalah harian, membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial, mereka bentuk yang menarik dan seimbang, serta menjadi alat yang berguna untuk membantu sains mencari kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling.
Matematik adalah berkaitan rapat dengan kehidupan manusia. Kebanyakan perkara atau peristiwa yang berlaku setiap hari adalah tidak dapat terpisah daripada matematik. Kita menggunakan matematik untuk aktiviti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran, rancangan, membuat kerja, sehingga hampir setiap aktiviti sosial manusia ada hubungan dengan matematik.
Sebuah negara yang maju bergantung kepada perkembangan matematik di dalam negara itu. Hanya rakyat yang dilatih dengan kemahiran matematik yang mendalam berupaya menjalankan tugas yang kompleks dengan cekap dan berkesan, khasnya dalam bidang kerja pengurusan dan pentadbiran, dan sanggup merancang dasar serta mengambil tindakan yang sistematik dan rasional.
Kemajuan negara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi serta perkembang perdagangan dan ekonomi yang berkaitan rapat dengan penggunaan matematik.
Ringkas kata, perkembangan matematik dan menguasai kemahirannya menjadi asas kemajuan negara. Matematik menggalakkan manusia bertaakul dan berfikir secara sistematik dan rasional. Ia merupakan alat yang paling penting untuk mendorong perkembangan tamadun dalam bidang sains dan teknologi, sosial dan ekonomi serta meningkatkan tahap kecerdikan manusia.
Pada asasnya, matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeling dan cakerawala. Sehubungan ini, matematik menjadi suatu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya.
Berlandaskan daripada huraian ini, metematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada konkrit atau abstrak. Dengan perkataan lain, matematik ialah suatu cara berfikir yang digunakan untuk mengembangkan hujah dan mencapai kesimpulan daripada kejadian-kejadian di bumi dan cakerawala.
Di samping itu, matematik diertikan sebagai kajian pola. Banyak teorem geometri dan pola nombor adalah hasil kajian daripada bentuk-bentuk dengan menggunakan operasi-operasi matematik.
Kadangkala, matematik merupakan suatu kajian perhubungan angkubah-angkubah yang dinyatakan dengan menggunakan rumus atau persamaannya atau dalam bentuk graf.
Dari segi kehidupan, matematik menjadi satu alat yang berguna dalam kehidupan harian. Sebenarnya, matematik adalah dilahirkan daripada kehendak dan keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Ringkas kata, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
Matematik mengandungi dua unsur yang utama, iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk dan bahasa Matematik yang lain) serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan Matematik digunakan untuk menjalankan operasinya. Dengan perkataan lain, Matematik boleh diertikan sebagai satu cara yang sistematik yang membolehkan manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi atau di cekerawala.
Matematik bermula dari pengiraan bilangan. Orang zaman purba mengukur atau menghiris lambang, garisan atau gambar pada dinding gua, ranting-ranting dan batang pokok untuk merekod bilangan harta benda termasuk binatang ternakan mereka.
Pada zaman purba itu, matematik lahirlah daripada penciptaan lambang-lambang untuk mewakili bilangan. Selanjutnya, matematik dikembangkan oleh tokoh-tokoh matematik dan ahli falsafah, khasnya pada zaman tamadun kuno di negara Yunani, dengan cara memerhatikan pola-pola dan sistem bentuk alam sekeliling dan cekerawala.
Mereka menggunakan proses taakulan induktif dan deduktif, kemudian menghasilkan berbagai-bagai teorem geometri yang dihasilkan daripada perkara-perkara yang sebenar, ahli-ahli falsafah pada zaman tamadun Yunani itu memandangkan matematik sebagai satu cabangan ilmu pengetahuan yang mengandungi unsur fakta dan kebenaran.
Pada masa kini, matematik telah berkembang ke tahap yang kompleks sehinggakan pergertian matematik telah mempunyai pelbagai tafsiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)