twitter
rss

 

Dalam dunia matematik, Al-Khawarizmi lebih dikenali dengan nama Bapa Algebra.
 
Nama sebenar Bapa Algebra ini ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau turut dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Walaubagaimanapun, orang Barat mengenalinya dengan nama al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui, tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada pendapat lain menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.
 
Dalam kalangan ahli sains, beliau lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.
 
Gelaran Al Khawarizmi diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm, yang kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir.
 
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli matematik teragung dan jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
 
Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x – 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.
 
Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.
 
Seterusnya, beliau turut membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau juga turut bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.
 
Buat pengetahuan semua, Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.



wang hingga RM10









 





 
Di atas ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini..

Ringgit’ berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM.

 


Mata wang Malaysia dimulai dengan penggunaan benda-benda keras seperti beras, siput, bijih timah, emas, perak . Pada peringkat ini wang syiling belum diterbitkan lagi dan penggunaan benda-benda tersebut dikenali sebagai Sistem Barter.

Kurun ke-15 ( Wang syiling dibuat dripada bijih timah dengan tulisan Arab mula digunakan di Melaka.)

Kurun ke-17 (Wang syiling berbentuk ayam jantan, ikan kambing, dan 'pokok syiling' digunakan di beberapa buah negeri Tanah Melayu).

Kurun ke-18 (Wang syiling bergambar kijang, matahari dengan tulisan Arab digunakan di Kelantan)

1787 - 1788 T.M ( Duit syiling (perak) yang dibuat di Hong Kong mula digunakan sebagai wang rasmi di Neger-negeri Selat.)

1868 T.M ( Duit tembaga dan duit perak mula diterbitkan di Neger-negeri Selat)

1890 T.M ( Duit syiling 50c mula diterbitkan di Neger-negeri Selat)

1942 - 1945 (Wang kertas Jepun digunakan di Malaya)

1946 - 1960 ( Matawang British menjadi wang rasmi di Malaya)
 
1960 ( Duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang)
 
1961 ( Wang kertas $10.00 mula diterbitkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang)
 
1962 (Bank Negara mengambil alih tugas menerbitkan semua jenis wang syiling dan wang kertas untuk digunakan di Malaysia)

 

Wang adalah suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat dan dikenali sebagai 'Alat Perantaraan' dalam kegiatan jual beli dan urusniaga.

Wang kertas dan duit syiling merupakan alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan tukar menukar yang digunakan di MALAYSIA.

Ciri-ciri wang:-
nilainya stabil dari masa ke semasa
mudah dibawa, dipindahkan dan disimpan
tahan lama
sukar ditiru
penawarannya terhad
boleh dibahagi kepada unit-unit lebih kecil.

Kesimpulannya, wang berfungsi sebagai:-
1. Alat perantaraan pertukaran
2. Alat satuan nilai
3. Menyelesaikan bayaran tertunda
4. Alat penyimpan nilai Gelaran lain bagi Wang adalah:-
Duit, Fulus, Pitis, Tikal, Kupang